Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Thursday, December 4, 2025

YTL ubah suai Thistle Johor Bahru jadi JW Marriott, dibuka akhir 2026.

 




YTL ubah suai Thistle Johor Bahru jadi JW Marriott, dibuka akhir 2026.


KUALA LUMPUR: Marriott International memeterai perjanjian dengan YTL Hotels bagi membawa jenama mewah JW Marriott ke Johor Bahru melalui penukaran strategi bekas hotel Thistle Johor Bahru.


Projek itu dijangka siap dan dibuka kepada umum menjelang Disember 2026, sekali gus mengukuhkan kehadiran Marriott dalam segmen hospitaliti mewah di Malaysia.


Presiden Marriott International Asia Pasifik (tidak termasuk China), Rajeev Menon, berkata langkah itu merupakan sebahagian strategi pengembangan jenama JW Marriott ke destinasi yang menunjukkan peningkatan permintaan pelancongan perniagaan dan rekreasi.


"Johor Bahru mempunyai hubungan rentas sempadan yang kukuh dan semakin berkembang sebagai hab antarabangsa.


Ia menjadikan bandaraya ini lokasi semula jadi untuk penjenamaan JW Marriott yang menekankan pengalaman mewah yang transformatif," katanya pada majlis memeterai perjanjian itu di Kuala Lumpur, semalam.


Sementara itu, Pengarah Eksekutif YTL Hotels, Datuk Mark Yeoh Seok Kah, berkata kerjasama jangka panjang bersama Marriott International sekali lagi diperkukuh melalui projek terbaharu itu.


"Hotel ini akan ditransformasi menjadi sebuah destinasi mewah moden yang mencerminkan nilai JW Marriott. Ia juga menandakan peranan Johor Bahru sebagai destinasi pilihan pelancong berprofil tinggi," katanya.


Pembukaan JW Marriott Hotel Johor Bahru dijangka menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan sektor hospitaliti mewah di bandaraya ini, sekali gus mengangkat Johor sebagai destinasi premium yang mampu bersaing dengan Singapura.


Perkembangan pesat ekonomi negeri, kedudukan strategik dan pembukaan Rapid Transit System (RTS) pada tahun depan menjadi antara faktor utama yang menyokong kehadiran jenama lima bintang itu.


Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pembangunan Asia Pasifik (tidak termasuk China) Marriott International, D.Shawn Hill, berkata permintaan terhadap penginapan mewah semakin meningkat di pasaran sekunder seperti Johor Bahru, seiring pertumbuhan pelancongan dan akses yang lebih mudah antara kedua-dua negara.


"Kami melihat peningkatan permintaan ketara di banyak pasaran luar bandar bandar utama. Johor Bahru menjadi lokasi strategik kerana kedudukannya bersebelahan Singapura dan RTS akan mengurangkan kekangan perjalanan dengan hanya lima minit dari Woodlands," katanya.


Hotel JW Marriott Johor Bahru yang kini menjalani proses ubah suai menyeluruh merangkumi kawasan seluas 1.9 hektar dengan 410 bilik termasuk pilihan penginapan premium berkonsep kontemporari serta pemandangan panoramik bandar.


Antara kemudahan lain yang dirancang termasuk Executive Lounge sebuah spa dengan lima bilik rawatan, kemudahan hidroterapi, pusat kecergasan moden, kolam renang gaya resort, gelanggang tenis, tiga gelanggang pickleball serta Kids' Club khusus untuk keluarga.


Ruang acara turut dipertingkatkan dengan keluasan keseluruhan 2,517 meter persegi, merangkumi sebuah ballroom utama seluas 900 meter persegi, junior ballroom 600 meter persegi dan 16 bilik mesyuarat.


Hotel berkenaan terletak di persimpangan Jalan Sungai Chat dan Jalan Lingkaran Dalam, hanya beberapa minit dari Stesen RTS Bukit Chagar yang dijangka siap, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.


JW Marriott Johor Bahru akan menjadi hotel JW Marriott kedua di negara ini selepas JW Marriott Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuh portfolio mewah Marriott di Malaysia yang turut merangkumi The Ritz-Carlton, The St. Regis dan W Hotels.


Sumber daripada

~

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/12/1480186/ytl-ubah-suai-thistle-johor-bahru-jadi-jw-marriott-dibuka-akhir-2026


👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽

🔗🔗🔗🔗🔗


https://www.facebook.com/proud2bjohorean/


https://proudtobejohorean.blogspot.com/?m=0


🔗🔗🔗🔗🔗

👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽


#Johor #Johore #Johorean #JDT #HarimauSelatan #Jengking #SesahJohorSesah #LuaskanKuasamu #LuasakanKuasamuJohor #DarulTa’zim  #SouthernTigers  #BangsaJohor  #JohorPride  #JohorDarulTa’zim  #JDTFC  #JDTOnTop  #JDTLegacy  #JDTFamily  #JohorBangkit #YTL #Thistle #JWMarriot #Accomodation #Accomodations #Penginapan #Hotel #Hotels


Monday, October 12, 2020

Jangkaan Stesen - Stesen HSR Di Johor...




Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... ada khabar angin menyatakan bahawa pihak kerajaan Malaysia dan Singapura ingin kembali membuka pintu rundingan untuk menyambung kembali projek keretapi berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur - Singapura melalui beberapa stesennya.

Antara stesen hentian HSR tersebut yang dijangka mungkin berpotensi diwujudkan di negeri Johor ialah stesen Johor Bahru (yang berkemungkinan terletak di kawasan Iskandar Puteri), Batu Pahat (yang berkemungkinan terletak di kawasan Sri Gading) dan Muar (yang berkemungkinan terletak di kawasan Pagoh).

Kewujudan HSR di beberapa buah negara seperti Jepun, Korea Selatan, China dan Perancis telah membuktikan bahawa kewujudan HSR sememangnya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi impak ekonomi kepada negara kerana boleh menghubungkan penduduk di kawasan bandar besar dan bandar kecil dari segi ekonomi dan sosial.

Terdapat beberapa buah negara yang berminat untuk membina jajaran HSR ini seperti India dan Indonesia di negara mereka. Oleh sebab itu... Malaysia juga tidak harus ketinggalan dalam arus kemajuan ekonomi ini.

Jika projek HSR ini boleh memberi impak kemajuan ekonomi kepada negara... bayangkan pula apa kesannya kepada negeri Johor amnya.

Salah satu kesan ekonomi yang boleh melanda negeri Johor apabila projek HSR dan beberapa stesen hentian di negeri Johor ini siap dibina dan mula beroperasi... akan ada pertumbuhan populasi yang secara mendadak akibat daripada ramainya penghijrahan warga desa ke bandar kecil berhampiran dengan stesen HSR ini untuk menetap di bandar kecil stesen HSR ini tetapi bekerja di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Singapura memandangkan kos kehidupan di bandar kecil stesen HSR ini masih lebih rendah berbanding di Kuala Lumpur dan Singapura.

Apa pun... pengarang blog ini berharap perkara ini menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#ProudToBeJohorean #Johorean #Johor #Johore #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Senarai & Cadangan Pelabuhan - Pelabuhan Di Johor...




Di negeri Johor... terdapat dua buah pelabuhan antarabangsa iaitu Pelabuhan Pasir Gudang & Pelabuhan Tanjung Pelepas. Di negeri Johor juga terdapat sebuah pelabuhan domestik iaitu Pelabuhan Minyak Beku yang terletak di dalam daerah Batu Pahat.

Pelabuhan Pasir Gudang terletak di kawasan timur daerah Johor Bahru manakala Pelabuhan Tanjung Pelepas pula terletak di kawasan barat daerah Johor Bahru.

Pelabuhan Pasir Gudang adalah pelabuhan antarabangsa tertua yang terletak di negeri Johor.

Pada pandangan pengarang blog ini... negeri Johor berpotensi untuk mempunyai dua lagi pelabuhan domestik iaitu Pelabuhan Muar & Pelabuhan Pengerang (Daerah Kota Tinggi).

Harapan pengarang blog ini agar perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#ProudToBeJohorean #Johorean #Johor #Johore #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...