Thursday, December 4, 2025

YTL to renovate Thistle Johor Bahru into JW Marriott, opening end of 2026.

 




YTL to renovate Thistle Johor Bahru into JW Marriott, opening end of 2026.


KUALA LUMPUR: Marriott International has signed an agreement with YTL Hotels to bring the luxury JW Marriott brand to Johor Bahru through the strategic conversion of the former Thistle Johor Bahru hotel.


The project is expected to be completed and open to the public by December 2026, thus strengthening Marriott's presence in the luxury hospitality segment in Malaysia.


Marriott International Asia Pacific (excluding China) President Rajeev Menon said the move is part of the JW Marriott brand's strategy to expand to destinations that are showing increasing demand for business and leisure travel.


"Johor Bahru has strong cross-border connections and is growing as an international hub. This makes the city a natural location for the JW Marriott brand, which emphasizes transformative luxury experiences," he said at the signing ceremony in Kuala Lumpur, yesterday.


Meanwhile, YTL Hotels Executive Director Datuk Mark Yeoh Seok Kah said the long-term partnership with Marriott International was further strengthened through the latest project.


"The hotel will be transformed into a modern luxury destination that reflects the values ​​of JW Marriott. It also marks Johor Bahru's role as a destination of choice for high-profile tourists," he said.


The opening of JW Marriott Hotel Johor Bahru is expected to be a major catalyst for the growth of the city's luxury hospitality sector, thus elevating Johor as a premium destination that can compete with Singapore.


The state's rapid economic development, strategic location and the opening of the Rapid Transit System (RTS) next year are among the key factors supporting the presence of the five-star brand.


Meanwhile, Marriott International's Senior Vice President of Development, Asia Pacific (excluding China), D. Shawn Hill, said demand for luxury accommodation is increasing in secondary markets such as Johor Bahru, in line with the growth of tourism and easier access between the two countries.


"We are seeing significant demand growth in many of the major urban rural markets. Johor Bahru is a strategic location because it is adjacent to Singapore and the RTS will reduce travel constraints by being just five minutes from Woodlands," he said.


The JW Marriott Johor Bahru hotel, which is currently undergoing a comprehensive renovation, covers an area of ​​1.9 hectares with 410 rooms including premium accommodation options with a contemporary concept and panoramic city views.


Other planned amenities include an Executive Lounge, a spa with five treatment rooms, hydrotherapy facilities, a modern fitness centre, a resort-style swimming pool, tennis courts, three pickleball courts and a Kids' Club for families.


The event space has also been enhanced with a total area of ​​2,517 square metres, comprising a 900 square metre main ballroom, a 600 square metre junior ballroom and 16 meeting rooms.


The hotel is located at the intersection of Jalan Sungai Chat and Jalan Lingkaran Dalam, just minutes from the expected completion of the RTS Bukit Chagar Station, the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) Complex and Senai International Airport.


JW Marriott Johor Bahru will be the second JW Marriott hotel in the country after JW Marriott Kuala Lumpur, thus strengthening Marriott's luxury portfolio in Malaysia which also includes The Ritz-Carlton, The St. Regis and W Hotels.


Translation & source from

~

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/12/1480186/ytl-ubah-suai-thistle-johor-bahru-jadi-jw-marriott-dibuka-akhir-2026


👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽

🔗🔗🔗🔗🔗


https://www.facebook.com/proud2bjohorean/


https://proudtobejohorean.blogspot.com/?m=0


🔗🔗🔗🔗🔗

👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽


#Johor #Johore #Johorean #JDT #HarimauSelatan #Jengking #SesahJohorSesah #LuaskanKuasamu #LuasakanKuasamuJohor #DarulTa’zim  #SouthernTigers  #BangsaJohor  #JohorPride  #JohorDarulTa’zim  #JDTFC  #JDTOnTop  #JDTLegacy  #JDTFamily  #JohorBangkit #YTL #Thistle #JWMarriot #Accomodation #Accomodations #Penginapan #Hotel #Hotels


YTL ubah suai Thistle Johor Bahru jadi JW Marriott, dibuka akhir 2026.

 




YTL ubah suai Thistle Johor Bahru jadi JW Marriott, dibuka akhir 2026.


KUALA LUMPUR: Marriott International memeterai perjanjian dengan YTL Hotels bagi membawa jenama mewah JW Marriott ke Johor Bahru melalui penukaran strategi bekas hotel Thistle Johor Bahru.


Projek itu dijangka siap dan dibuka kepada umum menjelang Disember 2026, sekali gus mengukuhkan kehadiran Marriott dalam segmen hospitaliti mewah di Malaysia.


Presiden Marriott International Asia Pasifik (tidak termasuk China), Rajeev Menon, berkata langkah itu merupakan sebahagian strategi pengembangan jenama JW Marriott ke destinasi yang menunjukkan peningkatan permintaan pelancongan perniagaan dan rekreasi.


"Johor Bahru mempunyai hubungan rentas sempadan yang kukuh dan semakin berkembang sebagai hab antarabangsa.


Ia menjadikan bandaraya ini lokasi semula jadi untuk penjenamaan JW Marriott yang menekankan pengalaman mewah yang transformatif," katanya pada majlis memeterai perjanjian itu di Kuala Lumpur, semalam.


Sementara itu, Pengarah Eksekutif YTL Hotels, Datuk Mark Yeoh Seok Kah, berkata kerjasama jangka panjang bersama Marriott International sekali lagi diperkukuh melalui projek terbaharu itu.


"Hotel ini akan ditransformasi menjadi sebuah destinasi mewah moden yang mencerminkan nilai JW Marriott. Ia juga menandakan peranan Johor Bahru sebagai destinasi pilihan pelancong berprofil tinggi," katanya.


Pembukaan JW Marriott Hotel Johor Bahru dijangka menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan sektor hospitaliti mewah di bandaraya ini, sekali gus mengangkat Johor sebagai destinasi premium yang mampu bersaing dengan Singapura.


Perkembangan pesat ekonomi negeri, kedudukan strategik dan pembukaan Rapid Transit System (RTS) pada tahun depan menjadi antara faktor utama yang menyokong kehadiran jenama lima bintang itu.


Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pembangunan Asia Pasifik (tidak termasuk China) Marriott International, D.Shawn Hill, berkata permintaan terhadap penginapan mewah semakin meningkat di pasaran sekunder seperti Johor Bahru, seiring pertumbuhan pelancongan dan akses yang lebih mudah antara kedua-dua negara.


"Kami melihat peningkatan permintaan ketara di banyak pasaran luar bandar bandar utama. Johor Bahru menjadi lokasi strategik kerana kedudukannya bersebelahan Singapura dan RTS akan mengurangkan kekangan perjalanan dengan hanya lima minit dari Woodlands," katanya.


Hotel JW Marriott Johor Bahru yang kini menjalani proses ubah suai menyeluruh merangkumi kawasan seluas 1.9 hektar dengan 410 bilik termasuk pilihan penginapan premium berkonsep kontemporari serta pemandangan panoramik bandar.


Antara kemudahan lain yang dirancang termasuk Executive Lounge sebuah spa dengan lima bilik rawatan, kemudahan hidroterapi, pusat kecergasan moden, kolam renang gaya resort, gelanggang tenis, tiga gelanggang pickleball serta Kids' Club khusus untuk keluarga.


Ruang acara turut dipertingkatkan dengan keluasan keseluruhan 2,517 meter persegi, merangkumi sebuah ballroom utama seluas 900 meter persegi, junior ballroom 600 meter persegi dan 16 bilik mesyuarat.


Hotel berkenaan terletak di persimpangan Jalan Sungai Chat dan Jalan Lingkaran Dalam, hanya beberapa minit dari Stesen RTS Bukit Chagar yang dijangka siap, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.


JW Marriott Johor Bahru akan menjadi hotel JW Marriott kedua di negara ini selepas JW Marriott Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuh portfolio mewah Marriott di Malaysia yang turut merangkumi The Ritz-Carlton, The St. Regis dan W Hotels.


Sumber daripada

~

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/12/1480186/ytl-ubah-suai-thistle-johor-bahru-jadi-jw-marriott-dibuka-akhir-2026


👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽

🔗🔗🔗🔗🔗


https://www.facebook.com/proud2bjohorean/


https://proudtobejohorean.blogspot.com/?m=0


🔗🔗🔗🔗🔗

👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽


#Johor #Johore #Johorean #JDT #HarimauSelatan #Jengking #SesahJohorSesah #LuaskanKuasamu #LuasakanKuasamuJohor #DarulTa’zim  #SouthernTigers  #BangsaJohor  #JohorPride  #JohorDarulTa’zim  #JDTFC  #JDTOnTop  #JDTLegacy  #JDTFamily  #JohorBangkit #YTL #Thistle #JWMarriot #Accomodation #Accomodations #Penginapan #Hotel #Hotels


Wednesday, December 3, 2025

McD Yong Peng Now Open!

 






McD Yong Peng Now Open!


Started construction in 2023… now McDonald’s Yong Peng officially opened on 2 December 2025.


This is the first McDonald’s to open in the eastern part of Batu Pahat district which is also the first in Yong Peng.


For McDonald’s fans in Yong Peng or the eastern part of Batu Pahat district… from now on… they don’t have to go far to Penggaram City (Batu Pahat City Center) or Segamat Town to enjoy burgers, fried chicken & many other delicious dishes at McDonald’s.


Of course this is something that McDonald’s fans in Yong Peng or the eastern part of Batu Pahat district have been looking forward to because McDonald’s has finally officially opened their first branch in the Yong Peng area.


Anyway… this blogger would like to welcome McDonald’s… “Welcome to Yong Peng…” and to McDonald’s fans who live in Yong Peng or the eastern part of Batu Pahat district… “Enjoy Your Meals!…” 😎


👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽

🔗🔗🔗🔗🔗


https://www.facebook.com/proud2bjohorean/


https://proudtobejohorean.blogspot.com/?m=0


🔗🔗🔗🔗🔗

👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽


#Johor #Johore #Johorean #JDT #HarimauSelatan #Jengking #SesahJohorSesah #LuaskanKuasamu #LuasakanKuasamuJohor #DarulTa’zim  #SouthernTigers  #BangsaJohor  #JohorPride  #JohorDarulTa’zim  #JDTFC  #JDTOnTop  #JDTLegacy  #JDTFamily  #JohorBangkit #BatuPahat #BP #DaerahBatuPahat #DistrictBatuPahat #DaerahBP #DistrictBP #MetropolisBatuPahat #MetropolisBP #MajlisBandarayaBatuPahat #BatuPahatCityCouncil #MajlisPerbandaranBatuPahat #BatuPahatMunicipalCouncil #MBBP #BPCC #MPBP #BPMC #BentaraJohor #Penggaram #YongPeng  #MajlisPerbandaranYongPeng #MajlisDareahYongPeng #YongPengMunicipalCouncil #YongPengDistrictCouncil #MPYP #MDYP #YPMC #YPDC #YP #BatuPahatTimur #BPT #MajlisDaerahBatuPahatTimur #MDBPT #EastBatuPahatDistrictCouncil #EBPDC #TanjungSembrong #MukimTanjungSembrong #ParishTanjungSembrong #NegeriJohor #StateJohor


McD Yong Peng Kini Dibuka!

 






McD Yong Peng Kini Dibuka!


Mula dibina pada tahun 2023… kini McDonald’s Yong Peng dibuka secara rasmi pada 2 Disember 2025.


Ini merupakan McDonald’s pertama yang dibuka di bahagian timur daerah Batu Pahat yang juga pertama di Yong Peng.


Bagi peminat McDonald's di Yong Peng atau bahagian timur daerah Batu Pahat... selepas ini... mereka tidak perlu pergi jauh ke Bandar Penggaram (Pusat Bandar Batu Pahat) atau Bandar Segamat untuk menikmati burger, ayam goreng & pelbagai lagi hidangan yang lazat di McDonald's.


Sudah tentu ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh peminat McDonald's di Yong Peng atau bahagian timur daerah Batu Pahat kerana akhirnya McDonald's telah membuka cawangan pertama mereka di kawasan Yong Peng secara rasmi.


Apa-apa pun... penulis blog ini ingin mengucapkan selamat datang kepada McDonald's... "Selamat datang ke Yong Peng..." dan kepada peminat McDonald's yang tinggal di Yong Peng atau bahagian timur daerah Batu Pahat... "Selamat Menikmati Hidangan Anda!..." 😎


👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽

🔗🔗🔗🔗🔗


https://www.facebook.com/proud2bjohorean/


https://proudtobejohorean.blogspot.com/?m=0


🔗🔗🔗🔗🔗

👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽


#Johor #Johore #Johorean #JDT #HarimauSelatan #Jengking #SesahJohorSesah #LuaskanKuasamu #LuasakanKuasamuJohor #DarulTa’zim  #SouthernTigers  #BangsaJohor  #JohorPride  #JohorDarulTa’zim  #JDTFC  #JDTOnTop  #JDTLegacy  #JDTFamily  #JohorBangkit #BatuPahat #BP #DaerahBatuPahat #DistrictBatuPahat #DaerahBP #DistrictBP #MetropolisBatuPahat #MetropolisBP #MajlisBandarayaBatuPahat #BatuPahatCityCouncil #MajlisPerbandaranBatuPahat #BatuPahatMunicipalCouncil #MBBP #BPCC #MPBP #BPMC #BentaraJohor #Penggaram #YongPeng  #MajlisPerbandaranYongPeng #MajlisDareahYongPeng #YongPengMunicipalCouncil #YongPengDistrictCouncil #MPYP #MDYP #YPMC #YPDC #YP #BatuPahatTimur #BPT #MajlisDaerahBatuPahatTimur #MDBPT #EastBatuPahatDistrictCouncil #EBPDC #TanjungSembrong #MukimTanjungSembrong #ParishTanjungSembrong #NegeriJohor #StateJohor


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...