Thursday, December 4, 2025

YTL ubah suai Thistle Johor Bahru jadi JW Marriott, dibuka akhir 2026.

Proud To Be Johorean
blogger

 




YTL ubah suai Thistle Johor Bahru jadi JW Marriott, dibuka akhir 2026.


KUALA LUMPUR: Marriott International memeterai perjanjian dengan YTL Hotels bagi membawa jenama mewah JW Marriott ke Johor Bahru melalui penukaran strategi bekas hotel Thistle Johor Bahru.


Projek itu dijangka siap dan dibuka kepada umum menjelang Disember 2026, sekali gus mengukuhkan kehadiran Marriott dalam segmen hospitaliti mewah di Malaysia.


Presiden Marriott International Asia Pasifik (tidak termasuk China), Rajeev Menon, berkata langkah itu merupakan sebahagian strategi pengembangan jenama JW Marriott ke destinasi yang menunjukkan peningkatan permintaan pelancongan perniagaan dan rekreasi.


"Johor Bahru mempunyai hubungan rentas sempadan yang kukuh dan semakin berkembang sebagai hab antarabangsa.


Ia menjadikan bandaraya ini lokasi semula jadi untuk penjenamaan JW Marriott yang menekankan pengalaman mewah yang transformatif," katanya pada majlis memeterai perjanjian itu di Kuala Lumpur, semalam.


Sementara itu, Pengarah Eksekutif YTL Hotels, Datuk Mark Yeoh Seok Kah, berkata kerjasama jangka panjang bersama Marriott International sekali lagi diperkukuh melalui projek terbaharu itu.


"Hotel ini akan ditransformasi menjadi sebuah destinasi mewah moden yang mencerminkan nilai JW Marriott. Ia juga menandakan peranan Johor Bahru sebagai destinasi pilihan pelancong berprofil tinggi," katanya.


Pembukaan JW Marriott Hotel Johor Bahru dijangka menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan sektor hospitaliti mewah di bandaraya ini, sekali gus mengangkat Johor sebagai destinasi premium yang mampu bersaing dengan Singapura.


Perkembangan pesat ekonomi negeri, kedudukan strategik dan pembukaan Rapid Transit System (RTS) pada tahun depan menjadi antara faktor utama yang menyokong kehadiran jenama lima bintang itu.


Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pembangunan Asia Pasifik (tidak termasuk China) Marriott International, D.Shawn Hill, berkata permintaan terhadap penginapan mewah semakin meningkat di pasaran sekunder seperti Johor Bahru, seiring pertumbuhan pelancongan dan akses yang lebih mudah antara kedua-dua negara.


"Kami melihat peningkatan permintaan ketara di banyak pasaran luar bandar bandar utama. Johor Bahru menjadi lokasi strategik kerana kedudukannya bersebelahan Singapura dan RTS akan mengurangkan kekangan perjalanan dengan hanya lima minit dari Woodlands," katanya.


Hotel JW Marriott Johor Bahru yang kini menjalani proses ubah suai menyeluruh merangkumi kawasan seluas 1.9 hektar dengan 410 bilik termasuk pilihan penginapan premium berkonsep kontemporari serta pemandangan panoramik bandar.


Antara kemudahan lain yang dirancang termasuk Executive Lounge sebuah spa dengan lima bilik rawatan, kemudahan hidroterapi, pusat kecergasan moden, kolam renang gaya resort, gelanggang tenis, tiga gelanggang pickleball serta Kids' Club khusus untuk keluarga.


Ruang acara turut dipertingkatkan dengan keluasan keseluruhan 2,517 meter persegi, merangkumi sebuah ballroom utama seluas 900 meter persegi, junior ballroom 600 meter persegi dan 16 bilik mesyuarat.


Hotel berkenaan terletak di persimpangan Jalan Sungai Chat dan Jalan Lingkaran Dalam, hanya beberapa minit dari Stesen RTS Bukit Chagar yang dijangka siap, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.


JW Marriott Johor Bahru akan menjadi hotel JW Marriott kedua di negara ini selepas JW Marriott Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuh portfolio mewah Marriott di Malaysia yang turut merangkumi The Ritz-Carlton, The St. Regis dan W Hotels.


Sumber daripada

~

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/12/1480186/ytl-ubah-suai-thistle-johor-bahru-jadi-jw-marriott-dibuka-akhir-2026


👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽

🔗🔗🔗🔗🔗


https://www.facebook.com/proud2bjohorean/


https://proudtobejohorean.blogspot.com/?m=0


🔗🔗🔗🔗🔗

👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽


#Johor #Johore #Johorean #JDT #HarimauSelatan #Jengking #SesahJohorSesah #LuaskanKuasamu #LuasakanKuasamuJohor #DarulTa’zim  #SouthernTigers  #BangsaJohor  #JohorPride  #JohorDarulTa’zim  #JDTFC  #JDTOnTop  #JDTLegacy  #JDTFamily  #JohorBangkit #YTL #Thistle #JWMarriot #Accomodation #Accomodations #Penginapan #Hotel #Hotels


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...