Bagi peminat McDonald's di kawasan Simpang Renggam... ada berita baik untuk anda... selepas ini... anda tidak perlu pergi jauh ke Kluang, Parit Raja, Batu Pahat, Pontian & Kulai untuk menikmati kelazatan hidangan burger, ayam goreng, nugget dan lain-lain hidangan di McDonald's kerana pada ketika blogpost ini sedang ditaip... kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan premis pandu lalu McDonald's sedang berjalan di bandar Simpang Renggam.
Tentu perkara ini sesuatu yang dinantikan oleh peminat McDonald's di kawasan Simpang Renggam kerana akhirnya McDonald's akan membuka cawangan pertama mereka di kawasan Simpang Renggam.
Kemasukan McDonald's di kawasan Simpang Renggam telah mendapat perhatian peminat McDonald's di kawasan Simpang Renggam menerusi beberapa laman sesawang, laman blog, laman media sosial (Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain laman media sosial) dan lain-lain lagi.
Seperti biasa pada jangkaan pengarang blog ini... hari pertama pembukaan cawangan pertama restoran pandu lalu McDonald's di kawasan bandar Simpang Renggam ini akan dipenuhi oleh ramai peminat-peminat McDonald's warga kawasan bandar Simpang Renggam yang pernah menikmati hidangan dari McDonald's ini.
Oleh itu... pesanan daripada pengarang blog ini kepada peminat-peminat McDonald's warga kawasan bandar Simpang Renggam yang tidak mahu beratur panjang dan bersesak dalam outlet pertama McDonald's di kawasan bandar Simpang Renggam... elakkan pergi pada hari pertama pembukaan... tunggulah beberapa hari, beberapa minggu atau beberapa bulan selepas hari pertama pembukaan.
Apa pun... pengarang blog ini ingin mengucapkan kepada McDonald's... "Selamat Datang Ke Simpang Renggam..." dan untuk peminat-peminat McDonald's warga kawasan bandar Simpang Renggam... "Selamat Menjamu Selera!..." 😎
#ProudToBeJohorean #Johorean #Johor #Johore #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI
#ProudToBeJohorean #Johorean #Johor #Johore #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI
