Showing posts with label Penginapan. Show all posts
Showing posts with label Penginapan. Show all posts

Thursday, December 4, 2025

YTL ubah suai Thistle Johor Bahru jadi JW Marriott, dibuka akhir 2026.

 




YTL ubah suai Thistle Johor Bahru jadi JW Marriott, dibuka akhir 2026.


KUALA LUMPUR: Marriott International memeterai perjanjian dengan YTL Hotels bagi membawa jenama mewah JW Marriott ke Johor Bahru melalui penukaran strategi bekas hotel Thistle Johor Bahru.


Projek itu dijangka siap dan dibuka kepada umum menjelang Disember 2026, sekali gus mengukuhkan kehadiran Marriott dalam segmen hospitaliti mewah di Malaysia.


Presiden Marriott International Asia Pasifik (tidak termasuk China), Rajeev Menon, berkata langkah itu merupakan sebahagian strategi pengembangan jenama JW Marriott ke destinasi yang menunjukkan peningkatan permintaan pelancongan perniagaan dan rekreasi.


"Johor Bahru mempunyai hubungan rentas sempadan yang kukuh dan semakin berkembang sebagai hab antarabangsa.


Ia menjadikan bandaraya ini lokasi semula jadi untuk penjenamaan JW Marriott yang menekankan pengalaman mewah yang transformatif," katanya pada majlis memeterai perjanjian itu di Kuala Lumpur, semalam.


Sementara itu, Pengarah Eksekutif YTL Hotels, Datuk Mark Yeoh Seok Kah, berkata kerjasama jangka panjang bersama Marriott International sekali lagi diperkukuh melalui projek terbaharu itu.


"Hotel ini akan ditransformasi menjadi sebuah destinasi mewah moden yang mencerminkan nilai JW Marriott. Ia juga menandakan peranan Johor Bahru sebagai destinasi pilihan pelancong berprofil tinggi," katanya.


Pembukaan JW Marriott Hotel Johor Bahru dijangka menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan sektor hospitaliti mewah di bandaraya ini, sekali gus mengangkat Johor sebagai destinasi premium yang mampu bersaing dengan Singapura.


Perkembangan pesat ekonomi negeri, kedudukan strategik dan pembukaan Rapid Transit System (RTS) pada tahun depan menjadi antara faktor utama yang menyokong kehadiran jenama lima bintang itu.


Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pembangunan Asia Pasifik (tidak termasuk China) Marriott International, D.Shawn Hill, berkata permintaan terhadap penginapan mewah semakin meningkat di pasaran sekunder seperti Johor Bahru, seiring pertumbuhan pelancongan dan akses yang lebih mudah antara kedua-dua negara.


"Kami melihat peningkatan permintaan ketara di banyak pasaran luar bandar bandar utama. Johor Bahru menjadi lokasi strategik kerana kedudukannya bersebelahan Singapura dan RTS akan mengurangkan kekangan perjalanan dengan hanya lima minit dari Woodlands," katanya.


Hotel JW Marriott Johor Bahru yang kini menjalani proses ubah suai menyeluruh merangkumi kawasan seluas 1.9 hektar dengan 410 bilik termasuk pilihan penginapan premium berkonsep kontemporari serta pemandangan panoramik bandar.


Antara kemudahan lain yang dirancang termasuk Executive Lounge sebuah spa dengan lima bilik rawatan, kemudahan hidroterapi, pusat kecergasan moden, kolam renang gaya resort, gelanggang tenis, tiga gelanggang pickleball serta Kids' Club khusus untuk keluarga.


Ruang acara turut dipertingkatkan dengan keluasan keseluruhan 2,517 meter persegi, merangkumi sebuah ballroom utama seluas 900 meter persegi, junior ballroom 600 meter persegi dan 16 bilik mesyuarat.


Hotel berkenaan terletak di persimpangan Jalan Sungai Chat dan Jalan Lingkaran Dalam, hanya beberapa minit dari Stesen RTS Bukit Chagar yang dijangka siap, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.


JW Marriott Johor Bahru akan menjadi hotel JW Marriott kedua di negara ini selepas JW Marriott Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuh portfolio mewah Marriott di Malaysia yang turut merangkumi The Ritz-Carlton, The St. Regis dan W Hotels.


Sumber daripada

~

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/12/1480186/ytl-ubah-suai-thistle-johor-bahru-jadi-jw-marriott-dibuka-akhir-2026


👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽

🔗🔗🔗🔗🔗


https://www.facebook.com/proud2bjohorean/


https://proudtobejohorean.blogspot.com/?m=0


🔗🔗🔗🔗🔗

👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽


#Johor #Johore #Johorean #JDT #HarimauSelatan #Jengking #SesahJohorSesah #LuaskanKuasamu #LuasakanKuasamuJohor #DarulTa’zim  #SouthernTigers  #BangsaJohor  #JohorPride  #JohorDarulTa’zim  #JDTFC  #JDTOnTop  #JDTLegacy  #JDTFamily  #JohorBangkit #YTL #Thistle #JWMarriot #Accomodation #Accomodations #Penginapan #Hotel #Hotels


Monday, October 12, 2020

Mahukah Rangkaian Hotel Pullman Melabur Dengan Membuka Cawangan Baru Di Lokasi Daerah - Daerah Berpotensi Di Johor Yang Belum Diteroka?...




Pullman merupakan antara suatu jenama rangkaian perhotelan terkemuka dunia... pada ketika blogpost ini sedang ditaip... negeri Johor belum mempunyai cawangan Hotel Pullman.

Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... rangkaian perhotelan Pullman di Malaysia hanya terdapat di 3 bandar sahaja iaitu Kuala Lumpur, Kuching & Miri.

Pada pandangan pengarang blog ini... berikut merupakan antara bandar-bandar yang berpotensi di negeri Johor untuk bertapaknya rangkaian Hotel Pullman...

~ Johor Bahru.
~ Tebrau.
~ Tampoi.
~ Iskandar Puteri.
~ Pasir Gudang.
~ Skudai.
~ Kulai
~ Batu Pahat.
~ Kluang.
~ Muar.

Pengarang blog ini berharap agar perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#ProudToBeJohorean #Johorean #Johor #Johore #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Sunday, October 11, 2020

Mahukah Rangkaian Hotel Four Seasons Melabur Dengan Membuka Beberapa Cawangan Hotelnya Di Lokasi Daerah - Daerah Berpotensi Di Johor Yang Belum Diteroka?...




Four Seasons merupakan antara suatu jenama rangkaian perhotelan terkemuka dunia... pada ketika blogpost ini sedang ditaip... negeri Johor belum mempunyai cawangan Hotel Four Seasons.

Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... rangkaian perhotelan Four Seasons di Malaysia hanya terdapat di 2 bandar sahaja iaitu Kuala Lumpur & Langkawi.

Pada pandangan pengarang blog ini... bandaraya kosmopolitan Johor Bahru (Tanjung Puteri), bandaraya metropolitan Batu Pahat (Penggaram) dan bandaraya metropolitan Iskandar Puteri (Medini Iskandar) mempunyai potensi untuk bertapaknya Hotel Four Seasons ini.

Apa pun pengarang blog ini berharap agar perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#ProudToBeJohorean #Johorean #Johor #Johore #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Senarai & Cadangan Hotel - Hotel Utama Di Lokasi - Lokasi Mengikut Daerah - Daerah Di Johor?...




Negeri Johor sememangnya mempunyai banyak perkhidmatan penginapan hotel berbintang, hotel bajet dan homestay.

Berikut pengarang blog ini senaraikan antara nama hotel-hotel berbintang utama dinegeri Johor mengikut daerah untuk rujukan para pembaca.

Daerah Johor Bahru (Pusat Bandaraya Kosmopolitan Johor Bahru / Johor Bahru Selatan).

~ Hotel Thistle Johor Bahru.
~ Hotel Doubletree Johor Bahru.
~ Hotel Holiday Inn Johor Bahru.
~ Hotel New York Johor Bahru.
~ Hotel Berjaya Stulang.
~ Hotel Mutiara Johor Bahru.
~ Hotel KSL Johor Bahru.

Daerah Johor Bahru (Iskandar Puteri / Johor Bahru Barat).

~ Hotel Jen Iskandar Puteri.
~ Hotel Granada Bukit Indah.
~ Hotel V8 Nusa Bestari.
~ Hotel Holmes Gelang Patah.

Daerah Johor Bahru (Skudai / Johor Bahru Utara).

~ Hotel Good Hope Skudai.

Daerah Johor Bahru (Pasir Gudang / Johor Bahru Timur).

~ Hotel Selesa Pasir Gudang.

Daerah Kulai.

~ Corsica Hotel, Kulai.
~ Le Grandeur Palm Resort, Senai.
~ Perth Hotel, Senai.
~ Impiana Hotel, Senai.

Daerah Batu Pahat.

~ The Katerina Hotel Batu Pahat.
~ The PineTree Hotel Batu Pahat.
~ The Summit Hotel Batu Pahat.
~ Pelican Hotel Batu Pahat.
~ Just Hotel Batu Pahat.
~ The Landmark Hotel Batu Pahat.
~ Maple Lodge Batu Pahat.
~ Crystal Inn Batu Pahat.
~ The Silver Inn Batu Pahat.

Daerah Pontian.

~ Pontian Hotel, Pontian.
~ Hotel Aloha, Pontian.

Daerah Kluang.

~ Hotel Prime City, Kluang.
~ Hotel Kluang Merdeka, Kluang.

Daerah Segamat.

~ VIP Hotel, Segamat.

Daerah Muar.

~ Hotel Traders, Muar.
~ Hotel Muarar 99, Muar.

Daerah Tangkak.

~ Hotel Ophir, Tangkak.

Daerah Kota Tinggi.

~ Hotel Cascada, Kota Tinggi.
~ Hotel Kota Heritage, Kota Tinggi.

Daerah Mersing.

~ Hotel Timotel, Mersing.

Jika para pembaca blog ini ingin menginap di hotel atau ingin ketahui lebih lanjut tentang hotel yang disebutkan dalam senarai tersebut... para pembaca boleh melakukan carian di enjin carian Google.

Pada pandangan pengarang blog ini... negeri Johor berpotensi untuk bertapaknya beberapa hotel berbintang di beberapa lokasi yang belum diteroka pasarannya tetapi mempunyai mempunyai potensi pasaran pelancongan berasaskan penginapan hotel berbintang. Pada pandangan pengarang blog ini... berikut ialah senarai lokasi yang berpotensi untuk bertapaknya hotel berbintang di negeri Johor mengikut daerah suatu hari nanti pada masa akan datang...

Daerah Johor Bahru (Pusat Bandaraya Kosmopolitan Johor Bahru / Johor Bahru Selatan).

~ Tebrau.
~ Tampoi.

Daerah Johor Bahru (Iskandar Puteri / Johor Bahru Barat).

~ Taman Perling.

Daerah Johor Bahru (Skudai / Johor Bahru Utara).

~ Taman Ungku Tun Aminah (TUTA).
~ Taman Impian Emas.
~ Taman Universiti
~ Pulai

Daerah Johor Bahru (Pasir Gudang / Johor Bahru Timur).

~ Seri Alam.
~ Masai.
~ Ulu Tiram.

Daerah Kulai.

~ Kelapa Sawit.

Daerah Batu Pahat.

~ Yong Peng.
~ Parit Raja.
~ Rengit.

Daerah Pontian.

~ Pekan Nenas.

Daerah Kluang.

~ Simpang Renggam.

Daerah Segamat.

~ Labis.
~ Gemas Baru.

Daerah Muar.

~ Pagoh.

Daerah Tangkak.

~ Serom.

Daerah Kota Tinggi.

~ Bandar Penawar.
~ Bandar Tenggara.

Daerah Mersing.

~ Endau Johor.

Pengarang blog ini berharap agar perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#ProudToBeJohorean #Johorean #Johor #Johore #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...